Ya Allah,apa dah jadi? Biar betul ni?
Nak kongsi kisah tentang COUPLE ISAMIC dan entry ini ditujukan khas buat mereka yang mempertahankan couple islamic. Itu cara mereka sebelum nikah.
Jom terjah kisah ini sekejap.
Kisahnya mengenai 3 orang iaitu Aiman,Ain dan Ashraf. Aiman dan Ain sama-sama belajar di SAM Bestari, Beberapa lama kemudian, Aiman jatuh hati pada keayuan Ain.
- Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan.
Pergh! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Aiman cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaannya pada Ain sebab nanti kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah BADAR(Badan dakwah&Rohani)
Beberapa tahun berlalu. Akhirnya,apabila Aiman berada di tingkatan 4, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya Ain tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya Ber'couple' :) Jadi mereka berpakat ingin membuat satu revolusi dalam couple.
Asala keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Ain kena pakai tudung labuh. Aiman pula pakai serban dan jubah. Lepas itu, mereke keluar bukan membuang masa tapi keluar bawa Al-Quran.
Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, tiada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan perempuan di belakang.
Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! Kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Aiman ditakdirkan bertemu dengan Ashraf. Ketika itu Aiman dan Ain sedang bertadarrus di RFC a.k.a Radix Fried Chicken.
Ashraf tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.
Bila duduk, Ashraf bertanya," Have you married?"
"No", jawab Ain.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Ashraf.
"Kami couple, tapi Islamic way" jwab Aiman.
Ashraf hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Ashraf pun memulakan ceritanya.
" Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Klau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.
Tetapi alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi.
Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.
Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat pengharaman contohnya ARAK:)
Tapi aku? Tiada.
Jadi, time kat hospital tu aku fikir sejenak.
Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecil aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari,aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Beginilah kehidupan aku dan babi tu selama 2 tahun.
Lepas 2 tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni tiada leher. Tapi,lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi.
Lepas tu, aku pun masaklah bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan.
Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan.
Ustaz! Jom makan. BABI ISLAM ni".
Bila terdengar kisah itu, Aiman dan Ain pun sedar.
Kalau benda itu HARAM,ia tetap HARAM. Yang HALAL itu jelas dan yang HARAM itu jelas.
Tamat.:)
Best tak kisah ni?
Lepas tu, aku pun masaklah bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan.
Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan.
Ustaz! Jom makan. BABI ISLAM ni".
Bila terdengar kisah itu, Aiman dan Ain pun sedar.
Kalau benda itu HARAM,ia tetap HARAM. Yang HALAL itu jelas dan yang HARAM itu jelas.
Tamat.:)
Best tak kisah ni?
Apa pandangan kau orang semua? Jom kita kongsi bersama:)
No comments:
Post a Comment