box tersembunyi

floating buttons




Saturday, 31 March 2012

Butterfly Clip Art Perlu Ke Cinta :)


Yess ,sebelum tu nak tunjuk saya punya 'assalamualaikum kat atas tu :) Smile smile. Cantik kan ? Hahaha.

Kali ni nak cakap pasal cinta. Jom cakap cakap pasal cinta. Untuk dikongsikan bersama. Jangan terasa bagi people yang tengah hangat bercinta ya :) Marilah kita perbaiki diri bersama.
  • Perlu ke kita bercinta ?
  • Penting ke cinta tu ?
  • Apa ada dengan cinta ? 
Okay,terlalu banyak persoalan tentang cinta. Kan ? Bagi aku cinta tu tak perlu pom pada zaman remaja seusia aku. Mungkin cinta tu perlu bagi sesetengah remaja yang lain. Biasalah pendapat masing-masing. Sesiapa pom boleh berkata kata tentang cinta. Satu sebab lagi kalau bercinta di zaman remaja banyak benda yang tak jadi. Hey, dalam hidup ni macam macam benda boleh berlaku dear :) Kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang maha menentukan. 

Dan kalau kau orang rasa bercinta tu bagus cuba senaraikan berapa banyak kebaikannya ? Bercinta ni dapat pahala kah ? Orang yang bercinta selepas berkahwin mungkin lebih sweet kot :) Ye tak ? Heuww.
Mereka akan cuba untuk memahami antara satu sama lain . Malu malu kucing lah konon. So sweet :)

Aku bercakap macam lah aku tak pernah bercinta di zaman persekolahan dulu. Ye,aku pernah bercinta dulu tetapi sudah tidak buat masa sekarang. Cuba bayangkan kita akan hidup dengan orang yang kita tak kenal buat selama-lamanya. Mesti sangat berdebar-debar kan ? Itulah indahnya hidup tanpa cinta remaja sebenarnya. 

Cinta Allah adalah hakiki. Kekal abadi. Lebih indah daripada apa pom tahu. Hakikatnya semua orang islam tahu tentang perkara ni malah aku sendiri pom. Tetapi mengapa tak semua orang sedar dan melaksanakan perintah Allah ? Mengapa aku sendiri tidak melakukan itu ? Kenapa tak semua orang mengankat cinta Allah itu yang paling agung ? Tepuk dada tanya selera. Jom kongsi bersama :)

 
Iman Ibnu Qayyim pernah bertutur tentang cinta: 
' cinta yang terpuji adalah cinta yang mendatangkan kepada pemilik cinta itu hal hal yang baik dan memberi manfaat di akhirat. Makam ini merupakan muara kebahagiaan'.






Bagi la komen sikit ya bila dah baca tu :)

2 comments: