box tersembunyi

floating buttons




Friday, 1 March 2013

Butterfly Clip Art Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih :')

Assalamualaikum :)
Saat kita menempuhi onak duri dunia ,derita sekali sekala mencuit hati. hati remuk menangis tak henti.
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati :(
Namun ketika itu sabar pum sudah tidak dipedulikan lagi. Aku menceritakan apa yang aku rasa. Dalam terharu air mata pum tertumpah juga.
Wahai hamba illahi begitulah kehidupan dunia. Ya Allah ,sungguh besar nikmat dunia mu. Namun kelekaan yang melekakan diri aku. Kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah telah tetapkan kepada kita. Adakalanya kita tersangat gembira, namun adakalanya kita tersangat kecewa. Namun ,jangan risau Allah itu tuhan kita tuhan yang maha luas kasih sayangnya :') Percayalah Allah tidak akan menduga hambanya di luar batasan yang termampu.Kecuali hanya untuk melihat hambanya tersenyum di luar sana. Tertawa disini bahagia di syurga kelak.
Wahai hamba Allah janganlah bersedih, kerana engkau telah melalui kesedihan itu kelmarin dan sama sekali
tidak memberikan manfaat kepadamu pada keesokan harinya. Kesedihan demi kesedihan membuat aku terperuk dalam keputusasaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak berguna lagi. Ya Allah :'(
Padahal dunia inilah tempat kita meraih keampunan daripada Allah sementara masih bernyawa :( Meraih syurganya. Jangan ditangisi apa yang telah berlaku.
Gara-gara kesedihan air yang manis terasa pahitnya, makanan yang lazat terasa hambarnya. Bunga mawar yang mekar kembali layu. Ingatlah tangisan yang indah itu butir-butir air mata yang mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri aku begitu kerdil di sisi Allah. Dan begitu berdosanya diri aku ketika itu disisi Allah.
Wahai hamba Allah(aku) lihatlah disekeliling kamu dan teguhkanlah pendirianmu. Sepanjang hidup dan usiamu jangan pernah berputus asa dengan setiap apa yang dilakukan.
Senyuman yang engkau berikan dan air mata yang engkau titiskan simpan ! Dan jadikan ia sebagai tauladan. Segala yang engkau pandang dan dengar simpan buat pedoman.
Didalam hati manusia ada kekusutan. Dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah. *note to self :') Aku insan biasa yang leka dengan kehidupan dunia. Ya Allah jangan biarkan kelekaan menguasai diriku. 

Bagi la komen sikit ya bila dah baca tu :)

No comments:

Post a Comment