box tersembunyi

floating buttons




Tuesday 19 February 2013

Butterfly Clip Art Trip Pulau Pinang :)



Assalamualaikum semua. 
Yeayy welcome back for me, oh lama sudah tak post entry baru. *syok sendiri ,dan aku tahu itu. Haha :)
Ya, aku tahu aku tak rajin macam awek2 cun kat luar. Aku ni pemalas sikit. Maklumlah assignment banyak. Alasan yang aku bagi sememangnya masuk akal dan takde tokok tambah daripada mana-mana pihak. Haha.
Kalau kau orang semua ada melawat blog aku cuba tengok last entry aku post bila ? Tu la bukti aku banyak assingment sangat-sangat. Heheww.
Okay apa aktiviti korang semua ? Takkan belajar je ? Boring la kan ? Kot ? Hah amek banyak giler soalan. Jawab sekarang ,LOL ! Tapi sebut pasal belajar aku terus down. Kenapa boleh jadi camtu. Assignment banyak dan paling penting assestment untuk semester ni pum aku tak buat lagi. *aku dah semester dua tahun 1 diploma radiografi PPUM. Ya ,aku budak diploma je. Tak macam kawan-kawan lain yang future dapat degree. Best kot.  Aku entah bila boleh grade dengan degree. Ni dapat azizah adalah, tskk tssk !
Apa benda aku cakap tu ? Okay luahan hati la. Fully stress tahu.

Btw ,assestment aku untuk semester 2 ni kena buat chest X-ray. Haha ,saje nak bagi tahu. Dah tu kena kritik lagi. Yang tu la kalau boleh aku taknak. Tapi walau pape pum aku kena terima kenyataan yang jodoh aku dah memang kena main dengan radiograph yang cantik-cantik bagai. kot ? 3 tahun kot study dekat ppum ni dan yang penting terus kerja. Tu yang seronok sebenarnya, boleh simpan duit sendiri. Dah dapat gaji kan. *note to self, kita kena lah bermula daripada bawah. Takkan ada punya orang yang terus capai ranking top kalau tanpa usaha. Betul tak ?

Banyak dah benda aku bagi tahu kat atas tu. Rasa-rasa la, hehe. Jum la straight to the point sebenarnya. Cuti hujung minggu lepas kolej aku alaa kolej radiografi tu ada la buat lawatan ke Pulau Pinang. Best wey,dapat jenjalan ni. Maklumlah last aku jenjalan atau dalam kata lain aku bercuti lah masa tahun 2011. Tu pum dengan family. Dah semua orang sibuk. Takde sape nak bawak pergi 'jalan-jalan'. *buat muka kesian. 
Tapi serius trip ngn kolej kali ni agak best la. Walaupum kulit aku dah jadi hitam. Agak la. Even dah pakai sunblock tapi nampak burnya. Kesian kita orang ,i mean budak batch.

Bertolak pagi 15 Februari dan pulang 17 Februari. Kejap je 3 hari dua malam. Buat apa pergi lama-lama ? Cheh ayat takleyh blaa langsung ,kekehh ! Dah excited dah ni bangun awal pagi giler. Tapi baju pum packed pagi tu. Sempat je okay, Haha ! *agak bengong di situ.
Sebelum tu tahniah untuk senior aku ,dia orang yang handle trip ni. Terbaik woo. 

Masuk je dalam bus. Dan yang penting bus pending lah pulak nak geraknya. Keep asked 'bila bas nak gerak ni' ? Sebal je aku rasa time tu. Nasib baik air-cond bus okay kalau tak memang masak la aku. Dah duduk elok2 dalam bus perut buat hal pulak. Nah apa lagi aku pergi la buang. Sampingan je tu. Jangan gelak okay. 

Syok tak kalau pergi trip tak ambik gambar pum ? Mesti la tak kan ? Apa bangang punya soalan. Haha :)
So ,kat atas tu aku rasa cam dah aku buat karangan masa SPM hari tu. Boring kan ? Chehh soalan cam sengal. Aku rasa aku yang takde modal untuk menulis. So jom kita tengok gambar je la. Lagi best rasanya. 
Jom scroll bawah. Okay !

Haha, hello semua :)

sebelum naik bas sila buat muka hodoh semua ,kehkeh !

My Cute Bestie Mina, Kak abi (senior),ayuni,fathonah dan aku.





































Kira la gambar semua ada berapa keping. Tu je yang termampu. Haha ! Btw ,kawan-kawan aku semua comel. Werkkk! Memandangkan dah xde modal untuk mencarut aku tamatkan sesi entry baru disini. Okay bye assalamualaikum. Just enjoy the show. Hah ? Show ? * whatever !




Bagi la komen sikit ya bila dah baca tu :)

No comments:

Post a Comment